Dec 09, 2024 - FASSelangor FC meneruskan perjuangan minggu ini dengan perlawanan saingan Liga Super 2024/25 ke-15 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada jam 8:30 malam.
Setakat ini, skuad Gergasi Merah berada di tempat ketiga dalam kedudukan saingan Liga Super 2024/25, berkongsi 29 mata dengan Sabah FC yang kini di tempat kedua carta, akan tetapi pasukan mempunyai kelebihan kurang satu perlawanan; malam ini adalah peluang bagi skuad Merah Kuning untuk menjarakkan kedudukan.
Menurut Katushito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, pemain semakin faham filosofi yang saya bawa dan saya yakin mereka telah bersedia untuk perlawanan malam ini.
“Para pemain telah membuat persediaan dengan baik; mereka telah sepenuhnya bersedia dari segi fizikal dan mental serta bermotivasi tinggi untuk meneruskan perjuangan. Saya percaya pemain akan berikan yang terbaik pada malam ini,” semangat Kinoshi.
“Sejak saya datang ke sini, saya boleh katakan, selepas perlawanan menentang Dynamic Herb Cebu FC yang lalu, mereka lebih memahami falsafah dan taktik yang saya ingin bawakan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berpuas hati dan terus belajar untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan,” jelas beliau.
Bagi keberadaan pemain, Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL), Ruventhiran mengalami kecederaan tisu di kakinya, manakala Samuel Somerville cedera di bahagian lututnya dan Nikola Jambor pula sedang menjalani sesi pemulihan untuk kecederaan hamstring. Selain itu, Khuzaimi Piee kini berada di kem Harimau Malaya bagi menghadapi Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024. Selain daripada mereka, pemain-pemain lain sedia untuk diturunkan untuk perlawanan malam ini.
Pihak pengurusan Selangor FC mendokan kejayaan pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi perlawanan ke-15 saingan Liga Super 2024/25. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!